Sunday 29 December 2019

ISU PENDIDIKAN ( BULI YANG BERLELUASA )



       Kini, kes buli dalam kalangan pelajar dilihat semakin berleluasa . Antara sebab utama perkara ini berlaku kerana persikitaran yang negatif yang mereka hadapi mendorong mereka untuk membuli rakan-rakan yang lain. Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

Gejala buli merupakan isu yang menjadi-jadi di dalam kalangan pelajar, guru seharusnya menerapkan nilai yang penting dalam mendidik pelajar. Antara langkah-langkah yang harus diambil dalam menangani masalah buli ini ialah  interaksi dan pembelajaran di sekolah. Interaksi dua hala yang berlaku antara guru dan pelajar bukan sahaja untuk membantu dan meningkatkan pemahaman pelajar. Namun interaksi ini juga penting untuk memudahkan pendidik mengetahui perkembangan pelajar mereka. Secara tidak langsung guru dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi murid tersebut dari segi emosi, tingkah laku dan ekspresi seseorang pelajar tersebut. Hal ini merupakan langkah awal dalam menagani masalah buli ini dari berleluasa.

Di samping itu, pihak sekolah khususnya unit kaunseling sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala buli, sekolah. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.

   lbu bapa juga perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

      Kesimpulannya,  Jika dilihat, punca berlakunya masalah buli ini adalah kerana segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mendidik generasi untuk menghindari masalah buli ini supaya masalah ini tidak melarat . Oleh itu dapat dilihat disini,  semua pihak harus berganding bahu supaya masalah buli di sekolah dapat diatasi. Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan sekolah, malah kemajuan turut dicapai.

Friday 27 December 2019

Kawan Baru di Upsi .


Assalamualaikum , salam sejahtera dan Haiii, kita bertemu lagi di episod kali ini , haha gurau .
Harini saya nk ceritakan tentang kawan baru saya dekat Upsi. Okay mula-mula sekali saya kenal dengan kawan saya ni masa dekat kelas  sem lepas, tapi sem ni pun kami ada 1 kelas yang sama iaitu kelas Kps (KPS3014) haha . Nama beliau Alisa Ismahani boleh panggil dia Lisa, dia ni berasal dari Kota Baharu, Kelantan, dia merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi.

Kami mula-mula kenal masa nk bentuk group assignment masatu dia ni duduk belakang saya, so saya ajak dia 1 group dengan saya dan kawan-kawan yang lain, so dari situ la kami berkenalan. Masa mula-mula kenal lisa ni ingatkan dia berlagak sebab selalunya orang cantik ni sombong hahaha, rupanya satu kepala, boleh buat sembang haha.



Lisa ni bagi saya merupakan seorang yang baik, sporting, bertanggungjawab, rajin, berdisiplin dan banyak lagi lahh, tak mampu nak tulis hahaha. dia ni kalau dapat tugasan mesti cepat je siapnya, padehal tarikh hantar lagi 3 bulan dia dh hantar dulu dah hahaha. So, siapa yang masih mencari bunga tu boleh la berkenalan dengan dia ni haha.

Sebagai seorang guru, seseorang guru haruslah bertanggungjawab dalam mendidik anak muridnya dan guru harus berdisplin dalam segala perkara. Oleh itu saya percaya suatu hari nanti lisa akan menjadi seorang guru yang sangat mengambil berat akan anak muridnya beliau akan mendidik murid menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab. 
Akhir kata, semoga lisa menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, semoga cita-cita anda untuk menjadi seorang guru yang cemerlang akan tercapai, Aamiin.

Kenali diri saya


ni lah saya yang tak berapa nak indah. haha


Assalamualaikum, salam sejahtera dan hai, ambil masa empat atau lima minit korang tak untuk baca cerita saya ni. Nama yang telah diberikan oleh mak dan ayah tercinta ialah Muhammad Aqil Naim Bin Ghazali yang bermaksud dalam kamus bahasa arab bagi Aqil ialah berakal ataupun cerdik (cerdik ke?) hahaha, Aamiin moga-moga saya akan jadi seperti mana sama dengan maksud nama saya, korang boleh panggil saya Aqil . saya lahir di Hospital Annur di Shah Alam, tapi saya menetap di Tanjung Malim, Perak. kalau korang nak tahu saya lahir pada 2.4.1998. Sekarang saya berumur 21 tahun, lagi berapa hari je nak tahun baru kann, tak sabarnya hehe.  sebenarnya saya sendiri pon macam kurang percaya je sebab umur saya dah angka puluh-puluh, yela sebab saya ni agak kurang matang dan kurang betul sikit, siapa yang rapat sangat dengan sayatau la perangai sebenar saya. hehe. Ayah saya bernama Ghazali Bin Abdul Wahab manakala ibu pula Zainun Nor Binti Lan. Saya merupakan anak ke 2 dari 4 orang adik beradik, dan kesemua adik beradik saya lelaki hahaha. bosan sikit adik beradik lelaki hehe.


acah-acah je haha

Dari segi pendidikan pula, saya bersekolah di Tadika Puncak alam kemudian Sk Puncak Alam 3 sampai darjah 2, selangor, selepas tu berpindah ke Felda Sungai Behrang dari darjah 2 sehingga darjah 6 bersekolah dekat SK Sungai Behrang.  Sekolah ni dekat depan rumah saya je, memang dekat hehe, tiap kali bangun tidur buka tingkap nampak banggunan sekolah. Kemudian tingkatan 1 hingga tingkatan 3 pula saya sekolah di Smk Hamid Khan, Tapah. Masa ni saya duduk asrama harian, Dekat sekolah ni la saya start menceburi bidang sukan, alhamdulillah ada la pencapaian yang dapat di banggakan dekat anak-anak nanti hehe. Lepas tu saya Pindah sekolah pulak dekat dengan rumah balik dalam 5 kilometer, iaitu Smk Bandar Behrang 2020, saya bersekolah disini dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5 . Seterusnya saya melanjutkan pelajaran Tingkatan 6 dekat Smk Khir Johari, banyakkan sekolah saya ? hahahaha paling best, untung orang yang pindah-pindah sekolah ni sebab dapat ramai kawan hahaha. Dan yang terakhir pada awal 2019 saya melanjutkan pelajaran di University Pendidikan Sultan Idris atau dikenali sebagai Upsi, ni pun dekat dengan rumah hahahaha, dalam 15km je dari rumah, so senang la ulang alik dari rumah je.

Jadiii, itulah serba sedikit tentang diri saya, sekiannn..


masa orentasi upsi semua muka baik2 je hehe


nak kenal lebih lanjut ? follow saya ..
Instagram : Aqillnaim
Facebook : Aqil Naim